Popular Posts

Sunday, 12 February 2012

Allah dah tahu, sodiiqku ~

Assalamualaikum,
Kawan2ku yang dikasihi Allah :)


Mari cetuskan fikiran dengan fakta ini.
Pernahkah terlintas di hati, mengapa Allah masih lagi tidak mengurniakan apa yang kita inginkan?
...
"Emm, pernah.. Banyak kali dah saya do'a ! Tapi Allah masih lagi belum makbulkan.."

Wahai pembacaku !
Allah sudahpun memberinya sejak azali!
Mari kita terapkan contohnya :

Andai manusia tiada tangan, semua orang pasti memintanya.
lalu Allah mengurniakannya.

Tetapi wahai rakanku, Allah sudah tahu...Allah memberi sebelum kita meminta. Mengapa begitu? kerana Allah Maha Mengetahui apa yang diperlukan oleh seorang hamba .
Kasihkan Allah? :)



*Maaflah ya..
Ana sengaja tulis pendek2..
Supaya orang dapat mengisi masanya mengingati Allah, walau seketika..

Yang hebat dari Allah, yang kurang dari insan ini sendiri..

Friday, 3 February 2012

Ya Habibullah

Ya Rasulallah..

Punyakah aku kesempatan,
Untuk bertemu denganmu..
Adakah harinya,
Untuk aku menatap wajahmu..

Ya Rasulallah..

Aku seorang insan,
Yang telah lama mencintaimu,
Mencintai sunnahmu,
Mencintai perjuanganmu,
dan mencintai ajaranmu..

Ya Allah..
Moga dapatlah aku meluahkan cintaku ini,
saat aku di 'sana' kelak..
Sesungguhnya kekasihMu,
penyeri bumi ini,
Selamanya..


Salam Maulidur Rasul
Wahai sahabat2 yang ku sayangi,
Mari sama2 luangkan waktu untuk berselawat ke atas baginda, Rasulullah S.A.W

Wednesday, 18 January 2012

Indah Hatinya, Maka Indah Segalanya

"Buat ape saye pakai tudung, tutup aurat.. orang yg pkai tudung pun bukan baik sangat?? lagipun yg x pkai tudung x semestinya jahat!"

Ramai yang berhujah seperti ini setelah dinasihati agar menjaga aurat..
Ya, benar..
Tahap baik seseorang tidak diukur pada labuh tudung seseorang,
      Tahap kesopanan seseorang tidak diukur pada baju yang menampakkan susuk badan..
Malah sebenarnye diukur dari kecantikan hati dan jiwanya.

Namun ada satu fakta yang sesetengah sahaja yg tahu..
      Sekiranya benar dia mempunyai akhlak yang baik, pertuturan penuh kesopanan, sudah tentu dia cintakan Islam
kerana Islam mensyariatkan kita agar mnjaga segala tata tertib yg ada di bumi. 
Dan sekiranya benar dia mempunyai ciri2 wanita yg baik, secara semulajadinya etika sebagai seorang muslimah akan tertonjol dengan sendiri. Bukan sahaja menjaga maruah, ianya merupakan bukti bahawa dia mencintai Allah, rasul, dan agama Islam <3

*Jom muhasabah diri.. :)
Yg lebih dari Allah, yg kurang dari hambaNya..

Tuesday, 29 November 2011

First Post .

Bismillah..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, diizinkan Allah , akhirnya ade blog sendiri~
Mohon tunjuk ajar dari semua pakar2 yang ada, yang melihat dan yang menonton (?)..
Andai tersilap di mana2 ilmu yang dicurahkan, mohon diperbetulkan. Sangat2lah dihargai.
Moga Allah rahmati kita semua, Amiin.
=)