Popular Posts

Friday 18 May 2012

IMAN dan BINAAN

Jagalah waktu solat kita, sempurnakan kualitinya.
Solat merupakan ibadah yg boleh menjaga tahap iman kita..
Iman pula boleh mnjaga pelbagai perkara dan perbuatan..
Begitulah dengan kiasan kata, "Solat itu tiang agama"..
Ya, sekiranya retak tiang itu, maka mudahlah untuk binaan itu runtuh.

.."Bagaimana pula dengan solat sempurna, ttapi hati masih tidak tenang?"

Cubalah bayangkan, sebuah binaan, hanya mempunyai tiang.. agaknya sudah sempurna atau tidak binaan itu?
Tentunya belum.. jadi cubalah

- bina dinding , bumbung.. (PERKARA SUNAT)

- nak lagi cantik, dalamnya tambah sofa, karpet.. (KELENGKAPAN HATI)

- nak lagi hebat, dalamnya dilengkapi kemudahan yg mcukupi .. (FIKIRAN YANG BAIK)


Wallahua'lam~ sekadar berkongsi pendapat dan ilmu yg ada. yang baik itu milik Allah dan sebarang kekhilafan itu milik ana sendiri..
:)

Indahnya Orang2 yang Baik

Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad SAW :)


Apabila kita jaga solat, akhlak mulia... Apabila kita berakhlak mulia, kita disenangi ramai...

Sedarkah kita bahawa salah satu kuasa Allah ada di dalam setiap muslim yg baik? muslim yg baik terhindar dari orang2 yang tidak baik. Kalau disebut dari segi sains, orang2 baik mengeluarkan getaran tenang. Maka yang dapat mendekati orang2 baik hanyalah yg mempunyai getaran2 tenang. 


Logiklah
sekiranya orang2 baik mudah untuk bertemu dengan orang yg baik. Dan begitulah sebaliknya, sekiranya kita tidak baik, maka getaran juga tidak baik. ..


EHEM3, Kalau dari perspektif jodoh, firman Allah yg bermaksud:

Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
Surah An-Nur, ayat 26 AllahuRobbi.. jadi jomlah jadi baik, supaya yg baik2 boleh datang.. insyaAllah.. :)

----
Sekadar berkongsi pndapat ana.. yang baik itu milik Allah dan yang khilaf itu dari ana sendiri..
   Ingatlah, Allah Maha Mengetahui setiap gerak langkah seharian kita. Kita berpendapat begini, berpendapat begitu. Namun andai Allah ingin mengubahnya, sekelip mata sahaja pendapat2 kita boleh dinafikan. :) Wallahua'lam..

Thursday 22 March 2012

Baru Ni Result SPM 2011 ,kan~?

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,
Salam sejahtera dari ana.. dah lama tak update blog.. hu2

Ana nak kongsikan sedikit tentang apa yang ana rasa..Ana yakin, pembaca2 sangat berfikiran terbuka..


Dulu pernah niat dalam hati,


Ya Allah, kurniakanlah kpdku kejayaan. Supaya aku dapat mendalami ilmu-Mu dan agama-Mu demi dakwah-Mu dengan keputusanku, Amiin..


Tak lama slepas tu,
keputusan akhir tahun 2011 pun keluar.
Benar, Allah makbulkan doa ana.
Di situ tercatatnya subjek :
Pendidikan Quran dan Sunnah - A
Pendidikan Syari'ah Islamiyyah - A
Bahasa Inggeris - A
..
Alhamdulillah,ketiga2 subjek ini berkaitan dengan niat ana nak berjaya untuk dapatkan kelayakkan ke luar negara. demi mendalami Islam.. selepas peristiwa tu, ana nampak apa yang Allah ingin tunjukkan...

apa maksud awk, naqibah?


Sahabat seperjuanganku, mari kita dalami niat kita. bagaimana dengan niat kita sekarang?
Mahukan keputusan yang baik, mengapa?
Mahukan result yg mantopp, mengapa?
Mari bertanya diri, cuba ubah niat di hati. Mungkin ada yg tidak kena pd niat kita.

Contoh??



"Kalau aku dapat straight A, kompem masuk tv, femesnye~!"

Ingat, setiap amalan kita bergantung pada niat. dan Allah kurniakan ganjaran berdasarkan apa yang kita niat dari awal..

Moga sahabat2 ana yang sedang dilanda tsunami PMR, SPM dan seumpamanya memperoleh kejayaan, insyaAllah..

Yang hebat dari Allah, yang kurang dari ana sendiri, Wallahua'lam..

Sunday 12 February 2012

Allah dah tahu, sodiiqku ~

Assalamualaikum,
Kawan2ku yang dikasihi Allah :)


Mari cetuskan fikiran dengan fakta ini.
Pernahkah terlintas di hati, mengapa Allah masih lagi tidak mengurniakan apa yang kita inginkan?
...
"Emm, pernah.. Banyak kali dah saya do'a ! Tapi Allah masih lagi belum makbulkan.."

Wahai pembacaku !
Allah sudahpun memberinya sejak azali!
Mari kita terapkan contohnya :

Andai manusia tiada tangan, semua orang pasti memintanya.
lalu Allah mengurniakannya.

Tetapi wahai rakanku, Allah sudah tahu...Allah memberi sebelum kita meminta. Mengapa begitu? kerana Allah Maha Mengetahui apa yang diperlukan oleh seorang hamba .
Kasihkan Allah? :)



*Maaflah ya..
Ana sengaja tulis pendek2..
Supaya orang dapat mengisi masanya mengingati Allah, walau seketika..

Yang hebat dari Allah, yang kurang dari insan ini sendiri..

Friday 3 February 2012

Ya Habibullah

Ya Rasulallah..

Punyakah aku kesempatan,
Untuk bertemu denganmu..
Adakah harinya,
Untuk aku menatap wajahmu..

Ya Rasulallah..

Aku seorang insan,
Yang telah lama mencintaimu,
Mencintai sunnahmu,
Mencintai perjuanganmu,
dan mencintai ajaranmu..

Ya Allah..
Moga dapatlah aku meluahkan cintaku ini,
saat aku di 'sana' kelak..
Sesungguhnya kekasihMu,
penyeri bumi ini,
Selamanya..


Salam Maulidur Rasul
Wahai sahabat2 yang ku sayangi,
Mari sama2 luangkan waktu untuk berselawat ke atas baginda, Rasulullah S.A.W

Wednesday 18 January 2012

Indah Hatinya, Maka Indah Segalanya

"Buat ape saye pakai tudung, tutup aurat.. orang yg pkai tudung pun bukan baik sangat?? lagipun yg x pkai tudung x semestinya jahat!"

Ramai yang berhujah seperti ini setelah dinasihati agar menjaga aurat..
Ya, benar..
Tahap baik seseorang tidak diukur pada labuh tudung seseorang,
      Tahap kesopanan seseorang tidak diukur pada baju yang menampakkan susuk badan..
Malah sebenarnye diukur dari kecantikan hati dan jiwanya.

Namun ada satu fakta yang sesetengah sahaja yg tahu..
      Sekiranya benar dia mempunyai akhlak yang baik, pertuturan penuh kesopanan, sudah tentu dia cintakan Islam
kerana Islam mensyariatkan kita agar mnjaga segala tata tertib yg ada di bumi. 
Dan sekiranya benar dia mempunyai ciri2 wanita yg baik, secara semulajadinya etika sebagai seorang muslimah akan tertonjol dengan sendiri. Bukan sahaja menjaga maruah, ianya merupakan bukti bahawa dia mencintai Allah, rasul, dan agama Islam <3

*Jom muhasabah diri.. :)
Yg lebih dari Allah, yg kurang dari hambaNya..

Tuesday 29 November 2011

First Post .

Bismillah..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, diizinkan Allah , akhirnya ade blog sendiri~
Mohon tunjuk ajar dari semua pakar2 yang ada, yang melihat dan yang menonton (?)..
Andai tersilap di mana2 ilmu yang dicurahkan, mohon diperbetulkan. Sangat2lah dihargai.
Moga Allah rahmati kita semua, Amiin.
=)